SKTBG

SKTBG

waktu solat

Wednesday 9 July 2014

Sejarah Pembangunan Sekolah Kebangsaan Telok Berembang

Pada tarikh 17/10.1952 mensyuarat pertama untuk mendirikan sekolah yang telah dipengerusikan oleh Sidang Manaf bin Mahat. 
Pada tarikh 04/01/1953 pembinaan sekolah telah dilakukan secara bergotong royong. Setelah siap dibina sekolah telah dinamakan sebagai Sekolah Rakyat Telok Berembang. Atap sekolah dibuat dari nipah, dindingnya dari buloh dan lantai hanya tanah sahaja pada masa itu.
Pada 06/02/1958 bangunan separuh kekal telah dibangunkan menempatkan 4 buah bilik darjah. Semasa proses pembinaan, semua murid menumpang di Balai Raya Lubok China. Murid-murid darjah pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Kechil.
Pada tahun 1961 dua buah bilik darjah tambahan dan sebuah rumah guru dibina bagi menampung pertambahan bilangan murid.
Pada tahun 1973 sebuah bangunan tambahan yang mempunyai dua bilik darjah, sebuah pejabat, dan dua buah tandas siap dibina.
Padang sekolah telah dibina pada tahun 1990 bagi tujuan aktiviti ko-kurikulum.
Sebuah bangunan yang berbentuk U telah dibina pada tahun 2002. Bangunan tersebut mempunyai dua blok yang mengandungi 8 buah bilik darjah, 1 bilik guru, 1 pejabat pentadbiran, 1 bilik seni, 1 bilik komputer, 1 bilik kaunseling, 1 bilik mensyuarat, 1 bilik muzik, 1 bilik media, 1 perpustakaan, 1 bilik sains, 1 bilik prasekolah, 2 bilik wuduk, 1 bilik kedai buku, dan 1 surau, 
Bangunan yang telah didirikan pada tahun 1973 telah dijadikan kelas pendidikan khas dan bilik kemahiran hidup hasil pengredan semula bangunan lama pada tahun 2006. 
Pada tahun 2012 pembinaan bangunan Prasekolah yang kedua.

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH BAHASA MELAYU DAERAH ALOR GAJAH 2015 (03/11/2015)

PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH BAHASA MELAYU DAERAH ALOR GAJAH 2015 03/11/2015 SELASA DI SK LESUNG BATU TAHNIAH MURID PRASEKOLAH S...