SKTBG

SKTBG

waktu solat

Tuesday 22 July 2014

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera...........

Alhamdulilah bersyukur kita kepada ALLAH SWT kerana telah memanjangkan umur kita untuk meneruskan hidup ini..
Hari ini hari selasa bertarikh 22/07/2014 bersamaan 24 Ramadhan 1435H. Tinggal beberapa hari saja kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Hari ini sudah masuk hari kedua peperiksaan percubaan UPSR diadakan di Sekolah Kebangsaan Telok Berembang dan diseluruh Malaysia. Di harapkan agar semua pelajar darjah 6 SK Telok Berembang dapat menjawab semua kertas soalan dengan tenang, sabar dan tidak tergesa-tergesa untk menjawab kertas soalan yang diberikan.
Semua guru dan kakitangan sekolah mendoakan agar semua pelajar darjah 6 SK Telok Berembang mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR pada tahun ini.
Dikesempatan ini, mari lah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-fatihah kepada semua mangsa-mangsa MH !7 yang ditembak jatuh di Ukraine.

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH BAHASA MELAYU DAERAH ALOR GAJAH 2015 (03/11/2015)

PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH BAHASA MELAYU DAERAH ALOR GAJAH 2015 03/11/2015 SELASA DI SK LESUNG BATU TAHNIAH MURID PRASEKOLAH S...