SKTBG

SKTBG

waktu solat

GURU BESAR SKTB





Assalamualaikum wm wb.
Salam ukhwah, salam perkenalan, salam keinsafan dan salam perjuangan kepada semua warga SK Telok Berembang tidak kira di mana posisi tuan/puan berada kerana masing-masing ada misi tertentu yang perlu dilaksanakan di sekolah kita. Pertama sekali marilah kita merafaqkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNya saya berada di SK Telok Berembang dan dapat berjumpa dengan tuan/puan semua dan balik bertugas di negeri kelahiran saya. Inilah yang dikatakan perancangan Allah yang Maha Esa yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Jutaan terima kasih kerana memberikan saya peluang melontarkan idea dan menyatakan harapan dan halatuju saya dalam membawa sekolah kita ke satu tahap yang membolehkan kita menjadi ‘role model’ kepada pesaing kita di bidang pendidikan khususnya di kawasan kita dan negeri Melaka amnya. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua di atas kejayaan cemerlang yang dicapai dalam tahun 2014. Sesungguhnya kejayaan ini merupakan pemangkin dan pencetus semangat dalam memotivasikan diri kita untuk meneruskan perjuangan yang tiada penghujungnya di masa-masa mendatang, Insya’Allah. Bersyukur kita kepada Yang Maha Esa di atas kurniaanNya kepada kita. Apa ertinya sesebuah kejayaan jika kita sebagai hambaNya alpa akan tanggungjawab kita kepadaNya kerana apa saja yang ada pada kita bukanlah milik kita yang hakiki.
Tahun 2015 saya kira tahun mencabar bagi sekolah kita kerana jiran-jiran kita sudah mula memberikan perhatian  kepada sekolah kita. Kita sudah mula dicemburui dan disegani oleh mereka itu. Sehubungan itu marilah kita meneruskan langkah kita dan tidak menoleh belakang bagi kita meneruskan perjuangan ini bagi mengisi visi dan misi sekolah seperti yang termaklum dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Everyone from top to bottom is accountable to the survival of our beloved school – SK Telok Berembang. Marilah kita berjuang dalam satu pasukan kerana ‘synergy’ sesuatu pasukan menjadi kukuh, utuh dan tidak boleh rebah dalam keadaan biasa berpegang kepada prinsip ‘CPO – Collaborative, Participative and Ownership’.
Tuan/Puan para pendidik khususnya merupakan ilmuan yang harus mempunyai jati diri dan akal budi yang mewakili suara cendekiawan yang mempunyai nilai akar budaya yang sentiasa kuat atau ‘will power’ dalam menggerakkan perubahan dan menyingkirkan kelemahan. Kita harus menjadi pendidik yang menyebarkan ilmu berbuah hikmah kerana Perdana Menteri atau Timbalannya atau sesiapa saja pemimpin yang lahir pada hari ini dimulakan oleh seorang pendidik/guru.
Marilah kita bersama-sama mendidik anak-anak didik kita yang berpotensi menjadi ‘insan’ yang berjaya duniawi dan ukhrawi dan boleh bersaing dalam segala lapangan di peringkat glokal dan global. Tuan/Puan merupakan ‘frontliner’ sekolah kita yang akan melaksana dan merealisasikan aspirasi murid khususnya murid-murid sekolah kita. Ini bertepatan dengan slogan sekolah kita yang dicetuskan dan perlu direalisasikan iaitu “Ke Arah Mendidik Generasi Berketrampilan” atau “Towards Educating Holistic Generation”. Saya berjanji dengan tuan/puan akan sama-sama ‘turun padang’ agar ketampakan dan keberadaan saya di sekolah kita dirasai. Saya juga akan bersama-sama tuan/puan dalam mengharungi susah-senang bagi memartabatkan SK Telok Berembang di persada pendidikan.
Ibubapa/Penjaga juga berperanan penting dalam menjadi tulang belakang yang kuat membantu sekolah menjalakan tanggungjawabnya melalui PIBG. Program Sarana Sekolah akan menguatkan lagi perhubungan sekolah dan komuniti setempat, badan-badan bukan kerajaan atau ‘NGO’ serta tidak ketinggalan alumni sekolah. Kepaduan dan kejituan suara dan sokongan mereka dari segi idea, tenaga dan bentuk-bentuk sokongan yang lain sangat-sangat pihak sekolah harapkan.
Oleh itu bersama-sama kita satu hati dalam menjinjing yang ringan dan memikul yang berat. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke laut sama direnangi. Adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah. Selamat berjuang dan teruskan perjuangan.
Sekian. Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
“KE ARAH MENDIDIK GENERASI BERKETRAMPILAN”
“TOWARDS EDUCATING HOLISTIC GENERATION”

HAJI SAZALI BIN HAJI BABA
GURU BESAR
SK TELOK BEREMBANG
78100 LUBOK CHINA
MELAKA

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH BAHASA MELAYU DAERAH ALOR GAJAH 2015 (03/11/2015)

PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH BAHASA MELAYU DAERAH ALOR GAJAH 2015 03/11/2015 SELASA DI SK LESUNG BATU TAHNIAH MURID PRASEKOLAH S...