SKTBG

SKTBG

waktu solat

Wednesday 30 July 2014

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera...

Selamat Hari Raya...............Hari ini 30/07/2014 Rabu bersamaan 3 Syawal 1435H...Sudah masuk hari ke 3 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri...Semoga hari Raya ini kita dapat mengeratkan hubungan sesama kita..
Dikesempatan ini marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara-saudara kita yang telah meninggal dunia, mangsa-mangsa MH17,MH370 dan saudara-saudara kita di Gaza..Al-Fatihah...................



Friday 25 July 2014

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin








Gambar-Gambar Sekitar Majlis Bacaan Yasin & Majlis Khatam Al-Quran






































































Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera............

Bersyukur kita kepada ALLAH SWT kerana dengan izinnya kita dapat meneruskan hidup dan meneruskan puasa kita yang telah masuk 27 Ramadhan 1435H bersamaan 25/07/2014 hari jumaat.
Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pada hari jumaat yang mulia ini Sekolah Kebangsaan Telok Berembang telah mengadakan majlis bacaan yasin dan majlis khatam AL-Quran yang melibatkan pelajar tahun 5 dan tahun 6.
Guru besar Tuan Haji Mohtar bin Bakar telah menyampaikan bunga telor dan air kotak kepada pelajar tahun 5 dan 6 yang terlibat dalam majlis khatam AL-Quran.
Beliau juga telah menyampaikan sumbangan duit raya dan barangan raya untuk pelajar yang susah.Setiap pelajar SK Telok Berembang juga telah diberikan duit raya setiap sorang.....
Dikesempatan ini saya mewakili semua guru-guru dan semua kakitangan SK Telok Berembang ingin memohon maaf zahir dan batin dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelajar SK Telok Berembang dan semua orang yang beragama islam di seluruh Malaysia dan dunia...Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti....

Tuesday 22 July 2014

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera...........

Alhamdulilah bersyukur kita kepada ALLAH SWT kerana telah memanjangkan umur kita untuk meneruskan hidup ini..
Hari ini hari selasa bertarikh 22/07/2014 bersamaan 24 Ramadhan 1435H. Tinggal beberapa hari saja kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Hari ini sudah masuk hari kedua peperiksaan percubaan UPSR diadakan di Sekolah Kebangsaan Telok Berembang dan diseluruh Malaysia. Di harapkan agar semua pelajar darjah 6 SK Telok Berembang dapat menjawab semua kertas soalan dengan tenang, sabar dan tidak tergesa-tergesa untk menjawab kertas soalan yang diberikan.
Semua guru dan kakitangan sekolah mendoakan agar semua pelajar darjah 6 SK Telok Berembang mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR pada tahun ini.
Dikesempatan ini, mari lah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-fatihah kepada semua mangsa-mangsa MH !7 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Monday 14 July 2014

Gambar SK Telok Berembang


Gambar-gambar pelajar SK Telok Berembang 
pada pagi perhimpunan Isnin 14/07/2014 bersamaan 16 Ramadhan

























Sunday 13 July 2014

Piagam SK Telok Berembang


Piagam Pelanggan 

SK Telok Berembang


Kami guru-guru dan kakitangan sekolah ini akan sentiasa menjaga
 dan meningkatkan mutu perkhidmatan kami dengan :

Memastikan guru masuk ke kelas dan mengajar tepat pada waktunya.

Memastikan murid mendapat perhatian dan layanan yang adil sepanjang masa.

Kebajikan guru dan staf sentiasa mendapat perhatian dan tindakan yang segera. 

Memastikan hubungan sekolah dan komuniti persekitaran dalam keadaan yang harmoni.

Memastikan segala urusan dengan dengan pihak atasan mendapat maklum balas yang cepat
dan tepat. 

Jika terdapat masalah terhadap perkhidmatan kami :

Sila berhubung terus dengan Guru Besar pada waktu pejabat di talian / email

No Tel : 066967602

Email : mba0016@pd.jaring.my

Bendera SK Telok Berembang






Penerangan Bendera Sekolah SKTB


Logo & Nama Sekolah : Identiti Sekolah 


Jalur Putih : Melambangkan Kebersihan & Kesucian 


Jalur Biru :  Melambangkan Perpaduan 


Jalur Merah : Melambangkan Keberanian 

Visi Dan Misi SK Telok Berembang


VISI

Sekolah Kebangsaan Telok Berembang Cemerlang Tahun 2012


MISI 

Ke Arah Merealisasikan Visi SKTB Kami Warganya Akan Memperkasakan Murid-Murid Agar Seimbang Jasmani, Emosi, Rohani, Dan Intelek Melalui Kecemerlangan Sukan, Keutuhan Sahsiah Dan Ketinggian Ilmu.




Thursday 10 July 2014

Assalamualaikum WBT..........

Hari ini 11/07/2014 bersamaan 13 Ramadan, Alhamdulilah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana telah memberi kita nafas untuk kita meneruskan hidup ini.
Setiap pagi hari Jumaat Sekolah kebangsaan Telok Berembang  akan mengadakan bacaan yasin bersama pelajar dan guru. Selepas bacaan yasin, kelas akan bermula seperti biasa.
Di hari Jumaat yang mulia ini, mari la kita bersama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya memberi pelindungan,kemenangan dan kebebesan kepada rakyat palestin yang telah diserang lagi oleh tentera Israel yang tidak berperikemanusian. Ramai anak-anak kecil, ibu-ibu, orang tua yang tidak berdosa menjadi korban atas kekejaman tentera Israel.Marilah kita menadah tangan meminta doa kepada Allah SWT supaya memberi perlindungan kepada semua rakyat palestin.





                                 


Panduan Cara Doa Qunut Nazilah Untuk Rakyat Gaza Palestin

Panduan dan cara doa Qunut Nazilah untuk rakyat islam di Gaza Palestin. Tujuan utama Doa Qunud Nazilah adalah untuk mendoakan rakyat Palestin yang kini ditimpa musibah supaya mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Seperti sedia maklum, rejim zionis Israel telah mengisytiharkan perang terhadap Palestin dan menyebabkan ratusan nyawa yang tidak berdosa terkorban pada setiap hari. Dengan berbekalkan doa Qunut Nazilah, umat Islam diseluruh negara dapat mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang kini menderita akibat kekejaman tentera Israel.
Doa Qunut Nazilah Untuk Rakyat Gaza Palestin
Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.



DOA QUNUT NAZILAH


اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا , ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ 

Ya Allah Sesungguhnya Kami Letakkan Engkau di tengkuk musuh-musuh kami , dan kami berlindung dari Mu dari kejahatan mereka

 اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ , وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ , و شَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ

Ya Allah  hancur leburkan kumpulan-kumpulan mereka, dan kacau bilaukan persatuan mereka , dan cerai-beraikan pakatan mereka

وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ

 Dan goncangkan pendirian mereka, dan hantarkan kepada mereka anjing-anjing Mu 

 يَاقهار  يَا جبار  يَا مُنْتَقِمَ

Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa , Wahai Tuhan yang Maha Gagah , Wahai Tuhan yang Maha bersifat Murka

اللّهُمّ يَا مُنْزِلَ الكتَابِ , وَيَامُجْرِيَ السَّحَابِ , وَيَاحَازِمَ الْاحْزَابِ 
Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan Kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan awan , Tuhan yang mengalahkan tentera Ahzab

إِهْزِمْهُمْ  وَانْصُرْناعَلَيْهِمْ    
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka

Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:



“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”




Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim








Wednesday 9 July 2014

Logo Sekolah Telok Berembang




Penerangan Logo Sekolah SKTB


MOTTO - Berusaha Tangga Kejayaan 

OBOR - Melambangkan Semangat Jati Diri Yang Membara

BUKU - Melambangkan Ilmu

GAMBAR MANUSIA - Melambangkan Insan Pelajar 

WARNA KUNING - Melambangkan Semangat Untuk Berjaya 

WARNA PUTIH - Melambangkan Kebersihan Dan Kesucian

WARNA HIJAU - Melambangkan Kedamaian 

Sejarah Pembangunan Sekolah Kebangsaan Telok Berembang

Pada tarikh 17/10.1952 mensyuarat pertama untuk mendirikan sekolah yang telah dipengerusikan oleh Sidang Manaf bin Mahat. 
Pada tarikh 04/01/1953 pembinaan sekolah telah dilakukan secara bergotong royong. Setelah siap dibina sekolah telah dinamakan sebagai Sekolah Rakyat Telok Berembang. Atap sekolah dibuat dari nipah, dindingnya dari buloh dan lantai hanya tanah sahaja pada masa itu.
Pada 06/02/1958 bangunan separuh kekal telah dibangunkan menempatkan 4 buah bilik darjah. Semasa proses pembinaan, semua murid menumpang di Balai Raya Lubok China. Murid-murid darjah pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Kechil.
Pada tahun 1961 dua buah bilik darjah tambahan dan sebuah rumah guru dibina bagi menampung pertambahan bilangan murid.
Pada tahun 1973 sebuah bangunan tambahan yang mempunyai dua bilik darjah, sebuah pejabat, dan dua buah tandas siap dibina.
Padang sekolah telah dibina pada tahun 1990 bagi tujuan aktiviti ko-kurikulum.
Sebuah bangunan yang berbentuk U telah dibina pada tahun 2002. Bangunan tersebut mempunyai dua blok yang mengandungi 8 buah bilik darjah, 1 bilik guru, 1 pejabat pentadbiran, 1 bilik seni, 1 bilik komputer, 1 bilik kaunseling, 1 bilik mensyuarat, 1 bilik muzik, 1 bilik media, 1 perpustakaan, 1 bilik sains, 1 bilik prasekolah, 2 bilik wuduk, 1 bilik kedai buku, dan 1 surau, 
Bangunan yang telah didirikan pada tahun 1973 telah dijadikan kelas pendidikan khas dan bilik kemahiran hidup hasil pengredan semula bangunan lama pada tahun 2006. 
Pada tahun 2012 pembinaan bangunan Prasekolah yang kedua.

Tuesday 8 July 2014

Kata Permulaan Blog SKTB

Assalamualaikum WBT......... Blog terbaru Sekolah Kebangsaan Telok Berembang telah dibina pada 08/Julai/2014 bersamaan dengan 10 Ramadhan. Diharapkan kita semua dapat menjadikan blog ini sebagai satu medium penyampai maklumat. Semoga kita dapat berkongsi idea-idea dan maklumat terkini. Sekiranya terdapat sesiapa yang ingin berkongsi maklumat terkini dalam bidang pendidikan, dipersilakan untuk menyampaikannya disini.

PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH BAHASA MELAYU DAERAH ALOR GAJAH 2015 (03/11/2015)

PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH BAHASA MELAYU DAERAH ALOR GAJAH 2015 03/11/2015 SELASA DI SK LESUNG BATU TAHNIAH MURID PRASEKOLAH S...