SKTBG

SKTBG

waktu solat

Friday 25 July 2014

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera............

Bersyukur kita kepada ALLAH SWT kerana dengan izinnya kita dapat meneruskan hidup dan meneruskan puasa kita yang telah masuk 27 Ramadhan 1435H bersamaan 25/07/2014 hari jumaat.
Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pada hari jumaat yang mulia ini Sekolah Kebangsaan Telok Berembang telah mengadakan majlis bacaan yasin dan majlis khatam AL-Quran yang melibatkan pelajar tahun 5 dan tahun 6.
Guru besar Tuan Haji Mohtar bin Bakar telah menyampaikan bunga telor dan air kotak kepada pelajar tahun 5 dan 6 yang terlibat dalam majlis khatam AL-Quran.
Beliau juga telah menyampaikan sumbangan duit raya dan barangan raya untuk pelajar yang susah.Setiap pelajar SK Telok Berembang juga telah diberikan duit raya setiap sorang.....
Dikesempatan ini saya mewakili semua guru-guru dan semua kakitangan SK Telok Berembang ingin memohon maaf zahir dan batin dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelajar SK Telok Berembang dan semua orang yang beragama islam di seluruh Malaysia dan dunia...Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti....

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH BAHASA MELAYU DAERAH ALOR GAJAH 2015 (03/11/2015)

PERTANDINGAN BIJAK PRASEKOLAH BAHASA MELAYU DAERAH ALOR GAJAH 2015 03/11/2015 SELASA DI SK LESUNG BATU TAHNIAH MURID PRASEKOLAH S...