Assalamualaikum WBT..........
Hari ini 11/07/2014 bersamaan 13 Ramadan, Alhamdulilah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana telah memberi kita nafas untuk kita meneruskan hidup ini.
Setiap pagi hari Jumaat Sekolah kebangsaan Telok Berembang akan mengadakan bacaan yasin bersama pelajar dan guru. Selepas bacaan yasin, kelas akan bermula seperti biasa.
Di hari Jumaat yang mulia ini, mari la kita bersama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya memberi pelindungan,kemenangan dan kebebesan kepada rakyat palestin yang telah diserang lagi oleh tentera Israel yang tidak berperikemanusian. Ramai anak-anak kecil, ibu-ibu, orang tua yang tidak berdosa menjadi korban atas kekejaman tentera Israel.Marilah kita menadah tangan meminta doa kepada Allah SWT supaya memberi perlindungan kepada semua rakyat palestin.
Panduan Cara Doa Qunut Nazilah Untuk Rakyat Gaza Palestin
Panduan dan cara doa Qunut Nazilah untuk rakyat islam di Gaza Palestin. Tujuan utama Doa Qunud Nazilah adalah untuk mendoakan rakyat Palestin yang kini ditimpa musibah supaya mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Seperti sedia maklum, rejim zionis Israel telah mengisytiharkan perang terhadap Palestin dan menyebabkan ratusan nyawa yang tidak berdosa terkorban pada setiap hari. Dengan berbekalkan doa Qunut Nazilah, umat Islam diseluruh negara dapat mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang kini menderita akibat kekejaman tentera Israel.
Doa Qunut Nazilah Untuk Rakyat Gaza Palestin
Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.
DOA QUNUT NAZILAH
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا , ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
Ya Allah Sesungguhnya Kami Letakkan Engkau di tengkuk musuh-musuh kami , dan kami berlindung dari Mu dari kejahatan mereka
اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ , وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ , و شَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ
Ya Allah hancur leburkan kumpulan-kumpulan mereka, dan kacau bilaukan persatuan mereka , dan cerai-beraikan pakatan mereka
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ
Dan goncangkan pendirian mereka, dan hantarkan kepada mereka anjing-anjing Mu
يَاقهار يَا جبار يَا مُنْتَقِمَ
Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa , Wahai Tuhan yang Maha Gagah , Wahai Tuhan yang Maha bersifat Murka
اللّهُمّ يَا مُنْزِلَ الكتَابِ , وَيَامُجْرِيَ السَّحَابِ , وَيَاحَازِمَ الْاحْزَابِ
Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan Kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan awan , Tuhan yang mengalahkan tentera Ahzab
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْناعَلَيْهِمْ
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka
Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim